Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibuat serta merta berdasarkan keputusan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkata, pihaknya juga telah menyerahkan rayuan pengampunan berdasarkan prinsip keadilan pada tahun 2015.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kemungkinan proses pembebasan Anwar mungkin ditangguhkan kerana urusan dan prosedur.

Sebelum itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Pakatan Harapan (PH) itu dijangka dibebaskan pada Selasa ini selepas mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agong.

Mahathir yang juga Pengerusi PH memaklumkan perkenan Seri Paduka itu semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas PH memenangi PRU-14 baru-baru ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast