Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail angkat sumpah jadi Menteri Besar Pahang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail angkat sumpah jadi Menteri Besar Pahang.

PEKAN – Selepas tertunggu-tunggu siapa Menteri Besar Pahang selepas PRU-14 akhirnya terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sah dilantik di sini hari ini.

Beliau mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Pahang dihadapan  Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar.

 

Pelantikan Wan Rosdy itu bagi menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob walaupun sebelum itu nama ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin disebut-sebut.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Adnan menjadi Menteri Besar Pahang sejak tahun 1999 sehingga sebelum PRU-14 baru-baru ini.

Pada PRU-14, Wan Rosdy yang menyandang DUN Jelai sejak tahun 2004 menang dengan majoriti 3,507 undi mengatasi calon Pas, PKR dan PSM.-MalaysiaGazette