Puteri Balqis disahkan menghidap masalah jantung selepas melalui siri pemeriksaan menyeluruh pada Disember lalu. Foto Instagram Anuar Zain.
Puteri Balqis disahkan menghidap masalah jantung selepas melalui siri pemeriksaan menyeluruh pada Disember lalu. Foto Instagram Anuar Zain.

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Anuar Zain mengajak orang ramai mendoakan kesihatan bintang cilik, Puteri Balqis sembuh seperti sedia kala.

“Kepada semua teman-teman IG dan FB, mohon doakan kesihatan Puteri Balqis supaya cepat sembuh dan dapat terus mewarnakan industri seni Malaysia dengan lakonan hebatnya.

“Semoga doa kita semua di bulan yang mulia ini dimakbulkan Allah S.W.T.  Such a talented girlStay strong and get well soon, Puteri Balqis. Terima kasih semua atas doa anda,” tulisnya di laman sosial Instagram.

Pelakon berbakat itu pernah muncul dalan video klip Anuar menerusi lagu Andainya Takdir.

Dalam perkembangan terbaru, Puteri Balqia dilaporkan beransur sembuh menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Puteri Balqis yang lebih mesra disapa Aqish, 11 tahun, disahkan menghidap masalah jantung selepas melalui siri pemeriksaan menyeluruh pada Disember lalu.

Ibunya, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan anaknya terpaksa keluar masuk hospital sejak awal tahun lalu.

Sebelum itu keadaan Aqish didapati cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. – MalaysiaGazette