Thierry Henry ketika ini merupakan pembantu pengurus pasukan kebangsaan Belgium. Foto Daily Mail.
Thierry Henry sebelum ini merupakan pembantu pengurus pasukan kebangsaan Belgium. Foto Daily Mail.

LONDON – Pengurusan tertinggi Arsenal mencetuskan spekulasi apabila ingin bertemu dengan pemain legenda The Gunners, Thierry Henry mengenai kekosongan jawatan pengurus sebelum mengesahkan siapa pengganti Arsene Wenger.

Ketua Eksekutif, Ivan Gazidis dan Pengarah, Josh Kroenke sebelum ini memilih Mikel Arteta sebagai calon utama.

Bagaimanapun, difahamkan rancangan untuk berbincang dengan Henry awal minggu depan kerana kelab itu mahu menjalani proses ‘temuduga’ secara menyeluruh.

Henry ketika ini merupakan pembantu pengurus pasukan kebangsaan Belgium.

Dia yang berusia 40 tahun tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan tetapi sebelum ini menyuarakan minatnya untuk menguruskan pasukan lamanya.

Namun kebarangkalian Arteta akan mengambil alih jawatan pengurus di Stadium Emirates itu sebanyak 90 peratus.- MalaysiaGazette