Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berdepan dengan sebarang masalah berkaitan pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia merujuk kepada surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menetapkan Pemilihan MT UMNO perlu dijalankan selewat-lewatnya 19 April 2019 nanti.

“RoS telah bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan yang membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat MT dalam tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh yang sepatutnya iaitu pada 30 April 2018,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Adnan, selaras dengan itu, MT UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan UMNO dan pergerakan sayap bermula 19 Mei sehingga 10 Jun ini.

Persidangan itu dilaksanakan serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast