Foto Instragram Elly Mazlein.
Foto Instragram Elly Mazlein.

KUALA LUMPUR Penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa bekas suami Azmi Hatta dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, mendedahkan pengarah drama itu masih menganggu kehidupannya dan anak beranak selepas mereka bercerai yang berpunca daripada perasaan dendam.

“Azmi Hatta sangat kejam punya impian nak pisahkan kakak Lina dengan Manja (Sefhia). Tidak tahu bila agaknya Azmi nak move on.

“Sepatutnya ikut logik, kakak Lina la yang patut berdendam sebab Azmi dan nikah, ada anak dan keluarga sempurna,” ujarnya di Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik hari ini, Elly memberitahu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menolak tuntutan yang difailkan bekas suaminya terhadap hak penjagaan anak mereka.

Menurut Elly, suami aktres Faye Kusairi itu juga mendakwa dia sebagai ibu tidak bertanggungjawab terhadap kanak-kanak itu.

“Alhamdulillah, mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk penjarakan saya. Salah satu alasan adalah kakak Lina seorang ibu yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia,” tulisnya.

Sementara itu, Elly berkata, bekas suaminya itu tidak wajar berasa iri hati dan berdendam kerana sehingga kini dia masih menjalani kehidupan solo serta mempunyai tanggungjawab menjaga anak dan ayahnya.

Malah, katanya kehidupan yang dijalani oleh Azmi jauh lebih sempurna selepas berkahwin dengan Faye dan baharu menimang cahaya mata.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye Kusairi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat. – MalaysiaGazette