Rakyat Venezuela keluar mengundi dalam pilihan raya presiden. foto Agensi

BUENOS AIRES – Amerika Syarikat tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya presiden Venezuela yang berlangsung pada hari Ahad.

Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Sullivan berkata, pilihan raya presiden itu akan dibincangan dalam pertemuan dengan G20 pada hari Isnin.

Menurutnya, Amerika Syarikat secara aktif mempertimbangkan sekatan minyak ke atas Venezuela.

Nicolas Maduro didakwa mahu terus berada dalam pemerintahannya, diboikot oleh pembangkang yang menyifatkan Presiden Venezuela itu sebagai diktator.

Maduro menjadi presiden negara itu sejak 2013.

“Kita perlu memastikan kita mematuhi matlamat yang mensasarkan para pegawai rejim rasuah dan bukan rakyat Venezuela. Kami tidak mahu merosakkan negara dengan cara yang sukar untuk diperbaiki selepas demokrasi dipulihkan,” kata Sullivan. – MalaysiaGazette