Nicolas Maduro. foto Agensi

CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengarahkan pengusiran dua diplomat Amerika Syarikat dari negara itu selepas Amerika Syarikat mengutuk proses pilihan raya presiden negara itu dengan mendakwa berlaku konspirasi.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan negara-negara Amerika Latin telah mendakwa pilihan raya presiden itu tidak memenuhi standard demokrasi.

Maduro, pengganti berusia 55 tahun kepada Hugo Chavez, memenangi pemilihan semula dengan mudah, tetapi pengkritik mendakwa berlaku penyelewengan apabila dua pesaingnya ditegah menawarkan ‘habuan’ kepada pengundi.

Sebagai tindak balas, Presiden Trump telah mengeluarkan perintah eksekutif dengan menghadkan keupayaan Venezuela menjual aset-aset negara.

Maduro tidak memberi perincian tentang tindakan itu tetapi berkata, Kedutaan Amerika Syarikat telah mencampuri isu-isu ketenteraan, ekonomi dan politik, dan bersumpah untuk mengemukakan bukti segera.

“Sama ada dengan konspirasi mahupun sekatan, anda akan menyebabkan Venuzuela terjejas,” kata Maduro, dalam satu majlis di pusat bandar Caracas di ibu pejabat.

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menolak dakwaan palsu Maduro terhadap diplomat-diplomatnya. – MalaysiaGazette