Syed Rosli Jamalullail
Syed Rosli Jamalullail

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Cawangan UMNO Pandan, Syed Rosli Jamalullai mengesahkan dirinya akan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Ini merupakan percubaannya kali kedua selepas sebelum ini pernah tewas kepada Khairy Jamaluddin.

“Peluang ini saya rebut bagi bertujuan dengan penuh ikhlas untuk membersihkan Pergerakan Pemuda UMNO dari terus dilabel sebagai golongan elitis dan gagal memahami denyut nadi pemuda di akar umbi yang jelas mahukan pemimpin yang bersih dan benar berjuang mengikut landasan perjuangan Umno yang sebenar,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut Syed Rosli Jamalullai, niatnya bertanding kali ini demi perjuangan menolak kepimpinan UMNO yang korup,sombong dan angkuh.

Menurutnya, ia juga punca kenapa UMNO kalah dalam PRU-14 baru-baru ini kerana sebahagian besar ahlinya sendiri tidak suka kepada pemimpin mereka.

Baru-baru ini pucuk pimpinan UMNO bersetuju membuka pertandingan kepada semua jawatan dalam parti termasuk presiden dan timbalan. -MalaysiaGazette