Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hadir pada majlis Sambutan Hari Wesak di Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 29 MEI 2018.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hadir pada majlis Sambutan Hari Wesak di Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 29 MEI 2018.
KUALA LUMPUR – Keputusan mengenai kadar bonus bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk penjawat awam di negara ini dijangka diumumkan kerajaan Pakatan Harapan esok.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pengumuman itu akan disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas Mesyuarat Kabinet.
“Bonus? itu mungkin akan diumumkan oleh Perdana Menteri esok, ” katanya tanpa mengulas lanjut.
Ditanya mengenai kadarnya mungkin tinggi,beliau lantas menjawab: “Lebih baik kita tunggu esok”.
Terdahulu beliau hadir ke sambutan Wesak di Kuil Buddha Maha Vihara di Jalan Berhala Brickfields bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan ribuan penganut Buddha yang hadir menunaikan doa masing-masing.
Dalam ucapannya Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan lebih komited dalam memastikan tolerensi dan keharmonian masyarakat majmuk terus terpelihara di negara ini.
Katanya, kerajaan kini memegang amanah rakyat untuk terus memastikan negara maju dalam pelbagai aspek.
“Kita kini sebuah negara Malaysia baharu. adalah menjadi tanggungjawab kerajaan kami untuk terus memastikan kerajaan bebas dari rasuah, ketidakadilan dan sebagainya.
“Ia suatu misi yang sukar dan sangat mencabar untuk kami tempuhi tetapi percaya boleh mengharunginya.
“Kami perlukan kerjasama rakyat Malaysia dan tidak boleh menguruskan kerajaan keseorangan,” katanya. – MalaysiaGazette