Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menafikan dakwaan beliau menggunakan helikopter yang merupakan aset kerajaan untuk beraya bersama keluarganya di Perlis seperti yang tular di laman sosial Facebook.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menafikan dakwaan beliau menggunakan helikopter yang merupakan aset kerajaan untuk beraya bersama keluarganya di Perlis seperti yang tular di laman sosial Facebook.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menjelaskan kehadiran Menteri Pertahanan dalam pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan keupayaan kementerian itu.

“Kehadiran Menteri Pertahanan mengikuti penerbangan dengan pesawat A400M bertujuan memberi pendedahan berkenaan keupayaan, prestasi, kredibiliti dan kemampuan pesawat A400M, pesawat pengangkut pelbagai guna dalam menjalankan operasi ketenteraan, di samping mengekalkan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia,” kata kementerian itu.

Malah, Mohamad Sabu juga hadir atas jemputan Tan Sri Affendi Buang selaku Panglima Tentera pada majlis berbuka puasa dan perjumpaan dengan warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth.

Majlis ini adalah merupakan program rasmi tahunan TUDM dan adalah perjumpaan pertama anggota TUDM bersama menteri pertahanan.

Tambahnya, majlis berbuka puasa bersama menteri prtahanan juga akan diadakan oleh tentera darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam masa terdekat.

Kenyataan itu dibuat oleh Kementerian Pertahanan selepas seorang peguam, Datuk Abu Backer Sidek bertindak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abu Backer mendakwa Mohamad telah menyalah guna kuasa dengan menggunakan pesawat TUDM untuk balik ke kampung beliau.

Selain itu, kata Kementerian Pertahanan, penerbangan pesawat tersebut juga digunakan bagi memberi manfaat dan melengkapkan jam penerbangan juruterbang TUDM yang membawa pesawat berkenaan.

“Setiap juruterbang perlu melengkapkan jumlah jam penerbangan bagi mengekalkan tahap kecekapan mereka.

Sehubungan itu, pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa dan kos penerbangan oleh Kementerian Pertahanan bagi kedua-dua tujuan yang dinyatakan,” katanya. – MalaysiaGazette

Mat Sabu balik kampung naik pesawat TUDM, individu lapor SPRM