Harapan mencurah-curah di republik ini untuk Malaysia meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit apabila Malaysia berada di landasannya dari segi kewangan.
Pameran Projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR)

KUALA LUMPUR – Pemeteraian perjanjian di antara konsortium MRCB-Gamuda dengan MyHSR Corp. Sdn. Bhd. yang sepatutnya berlangsung hari ini dibatalkan berikutan pembatalan projek Keretapi Laju (HSR) Kuala Lumpur- Singapura oleh kerajaan baru-baru ini.

Menurut kenyataan berasingan oleh Malaysian Resources Corp. Bhd. (MRCB) dan Gamuda Bhd., mereka telah menerima surat pembatalan projek tersebut daripada kerajaan Malaysia.

Dengan itu, semua rundingan berhubung syarat perjanjian, kontrak dan annex akan digantung termasuklah majlis permeteraian perjanjian yang sepatutnya diadakan hari ini.

Konsortium MRCB-Gamuda telah dipilih sebagai rakan kongsi penyampaian projek (PDP) bagi seksyen utara HSR yang bermula dari stesen Bandar Malaysia ke Melaka.

Awal minggu ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan projek tersebut dibatalkan kerana kosnya terlalu tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast