Ramli Mohamed Yoosuf.

KUALA LUMPUR – Polis menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan produk-produk kesihatan yang berleluasa di Internet kerana dibimbangi ia adalah palsu.

Oleh itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf meminta  orang ramai panduan daripada Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan membeli apa-apa sahaja produk kesihatan.

Katanya, paparan iklan prosuk kesihatan yang bertujuan untuk mengelirukan dan memperdayakan pembeli adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan telah dan salah di sini undang-undang.

“Terbaru pihak Polis Diraja Malaysa mendaoat maklumat daripada seorang pakar kesihatan yang juga selebriti bahawa gambarnya dan nama syarikat miliknya telah digunakan tanpa kebenaran dalam promosi satu produk kesihatan.

“Apa yang membimbangkan, produk tersebut dipercayai boleh memudaratkan kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ramli berkata, penggunaan media sosial sebagai medium pengiklanan menjadi pilihan kebanyakan peniaga atas beberapa faktor termasuk kos yang efisien, jangkauan penonton yang ramai dan sasaran pembeli yang berkesan.

Fenomena ini bagaimanapun katanya, turut dimanipuasi oleh segelintir peniaga melalui penjualan produk kesihatan palsu.

Lebih membimbangkan tambah beliau, sesetengah produk palsu itu turut menggunakan imej individu terkenal bagi mengelirukan pembeli dan memberi gambaran seolah-olah produk tersebut dihasilkan oleh individu terbabit. – MalaysiaGazette