Warga emas yang dikenali sebagai Chu Phan Hoo, 62, ditemui mati dipercayai menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia menembak rakannya, Ling Iu King, 66, di Kampung Koh malam tadi.
Warga emas yang dikenali sebagai Chu Phan Hoo, 62, ditemui mati dipercayai menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia menembak rakannya, Ling Iu King, 66, di Kampung Koh malam tadi.

KUALA LUMPUR Seorang warga emas bertindak membunuh diri selepas menembak mati rakannya berhampiran sebuah restoran di Kampung Koh, di Sitiawan dekat Manjung, malam tadi.

Chu Phan Hoo, 62, ditemukan mati dipercayai menembak dirinya sendiri dalam kereta jenis Toyota Fortuner di Simpang Dua, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia menembak rakannya, Ling Iu King, 66.

Iu King meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang minum di kedai tersebut dan terlihat suspek mengeluarkan senapang patah dari kereta jenis Toyota Fortuner sebelum menembak seorang lelaki dengan beberapa das tembakan pada jarak dekat di kawasan letak kereta kedai tersebut.

“Pada mulanya saya melihat mereka berdua sedang minum bersama beberapa rakan lain di meja sama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman mengesahkan kejadian tersebut.

Kenyataan itu turut menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran video kejadian itu yang tular dalam Facebook dan aplikasi Whatsapp kerana ia akan mengundang gangguan emosi pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa.

“Ini juga akan mendatangkan rasa takut dan kebimbangan kepada orang awam serta sekitar kawasan termasuk mengganggu siasatan polis,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast