DS Pesona Beauty menjadikan majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan sebagai acara tahunan bagi menggembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik.
DS Pesona Beauty menjadikan majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan sebagai acara tahunan bagi menggembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik.

KUALA LUMPUR – Mengambil keberkatan bulan Ramadan, DS Pesona Beauty, pengeluar produk kecantikan jenama Voqq meraikan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa di Kelab Golf Mines baru-baru ini.

Kali ini, seramai 50 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Muslim dari Kajang itu turut mendapat duit raya selain sumbangan wang tunai yang diberikan kepada pertubuhan tersebut.

Pengasas DS Pesona Beauty, Datin Nur Samsidar Mohd. Zain berkata, pihaknya menjadikan majlis itu sebagai acara tahunan bagi menggembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik.

“Peluang meraikan anak yatim terutama pada bulan Ramadan wajar direbut kerana ia menjadi amalan yang sangat tinggi ganjarannya dalam agama.

Seramai 50 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Muslim dari Kajang diraikan oleh DS Pesona Beauty baru-baru ini.
Seramai 50 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Muslim dari Kajang diraikan oleh DS Pesona Beauty baru-baru ini.

“Apatah lagi anak-anak yatim ini hilang terus tempat bergantung dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia.

“Malah dalam Islam, setiap kongsi yang diperolehi itu, ada bahagian untuk mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Turut hadir suaminya, Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim.

Sementara itu, produk Voqq berada di pasaran sejak 2016, Voqq yang mempunyai tiga rangkaian produk iaitu Voqq Anti Aging Cream dan Vooq Toner dan Voqq Facial Wash dan sehingga kini menerima sambutan memberangsangkan.

Voqq menggunakan ekstrak tomato dan oat kerana ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kulit. – MalaysiaGazette

Nur Samsidar Mohd Zain dan Megat Sallehudin Megat Ibrahim menyantuni anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa anjuran DS Pesona Beauty baru-baru ini.
Nur Samsidar Mohd Zain dan Megat Sallehudin Megat Ibrahim menyantuni anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa anjuran DS Pesona Beauty baru-baru ini.