KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang secara sederhana kepada 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.9 peratus pada tahun lalu.
Bagaiamanapun pertumbuhan kekal kukuh dan eksport berterusan meningkat pada separuh pertama tahun ini.
Bank Dunia turut meramalkan ekonomi negara tumbuh 5.1 peratus dan 4.8 peratus, masing-masing pada tahun 2019 dan 2020.
Menurut Laporan Prospek Ekonomi Global, Bank Dunia berkata, Malaysia adalah antara negara yang telah memperbaharui penyatuan fiskal pada tahun 2018.
Malaysia terus menghadapi kelemahan sektor kewangan berikutan tahap hutang yang tinggi serta penyertaan asing yang tinggi dalam pasaran bon berdaulat mata wang tempatan, menurut laporan itu.
Bank Dunia menambah, Malaysia perlu menyokong kepelbagaian dalam sektor minyak, gas dan petrokimia, serta kepelbagaian yang melangkaui sektor-sektor ini.
Komitmen berterusan bertujuan untuk memperbaiki tadbir urus dan iklim perniagaan dan mengurangkan halangan peraturan untuk persaingan dan pelaburan asing, selain berpotensi mengurangkan pergantungan pada sektor minyak. – MalaysiaGazette
















