KUALA LUMPUR- Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan dikatakan bakal digantikan dengan orang baharu, demikian menurut dua sumber kepada Reuters.
“Ini merupakan siri terbaharu di dalam perubahan pengurusan teratas yang diusahakan oleh kerajaan baharu.
“Kontrak Tajuddin dijangka tamat pada Mac tahun depan tetapi kedudukannya mungkin dibincangkan semasa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini,” kata seorang penasihat kepada kerajaan yang mengetahui mengenai perbincangan tertutup tersebut. Beliau bagaimanapun enggan dinamakan.
Tambah Reuters, keputusan sama ada mahu menggantikan Tajuddin akan dibuat secara segera atau tidak masih belum diketahui.- MalaysiaGazette















