Nabil Fekir
Fekir (kiri) dikehendaki oleh Liverpool untuk memperkuatkan jentera tengah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

ENGLAND – Usaha Liverpool melengkapkan pembelian bintang tengah Lyon, Nabil Fekir dengan £53 juta kini menjadi tanda tanya.

Kelab The Kops itu dilaporkan teragak-agak untuk memuktamadkan khidmat pemain itu yang sepatutnya selesai semalam tertunda kerana masalah kesihatan Fekir.

Tawaran sebelum itu difahamkan telah dipersetujui kedua-dua pihak termasuk terma peribadi bersama pemain itu.

Pasukan perubatan dari Jabatan Perubatan kelab Ainfield itu dilaporkan berada dua hari di Perancis untuk mengusahakan proses penghijrahan itu.

Fekir mengalami kecederaan serius pada lutut kanan apabila bermain untuk pasukan kebangsaan tiga tahun lalu.

Bagaimanapun ia tidak dapat memastikan sama ada kesan kecederaan lampau Fekir mempengaruhi keputusan Liverpool yang teragak-agak untuk melengkapkan pembelian pemain itu walaupun ujian kesihatan selesai.

Liverpool mahu menyelesaikan segala proses melibatkan Fekir sebelum kejohanan Piala Dunia Rusia 2018 membuka tirai 14 Jun ini.

Perbincangan telah diadakan sejak beberapa hari lepas ke arah mengikat perjanjian dengan Fekir walaupun Presiden, Lyon Michel Aulas memberi bayangan penghijrahan Fekir ke England agak pramatang.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp dikatakan akan menilai sama ada tawaran untuk mengikat Fekir akan diteruskan atau sebaliknya kerana Fekir dilihat calon paling layak dengan corak permainan yang dipamerkan kelab itu.

Pemain tengah the Reds akan menyertai Juventus secara percuma dalam masa terdekat selepas gagal memeterai kontrak baharu untuk kekal di Anfield.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast