FIFA
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

MOSCOW – Tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia 2026 akan diumumkan hari ini.

Ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menyatakan perkara itu memberitahu, pengumuman tersebut merupakan kata putus sama ada perlawanan bertaraf dunia itu akan berlangsung di Amerika Utara atau akan kembali ke Afrika buat kali kedua.

Pilihannya adalah jelas – antara tawaran membabitkan stadium hebat di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada atau kesungguhan Maghribi membina kemudahan baru yang belum dibangunkan.

Maghribi membuat keputusan untuk terus membida sebagai tuan rumah 2026 awal bulan ini biarpun berdasarkan laporan penilaian FIFA menganggap stadium, tempat tinggal dan pengangkutan di negara Afrika Utara itu sebagai ‘berisiko tinggi’.

Hasil daripada pemerhatian, petugas FIFA memberi amaran bahawa ‘beberapa infrastruktur baru diperlukan oleh Maghribi jika ingin menjadi tuan rumah dan perkara itu adalah realiti yang tidak boleh dipandang remeh.

Namun usaha Amerika Utara mungkin berdepan kegagalan apabila ada setengah pihak menggunakan sentimen membabitkan populariti Presiden AS Donald Trump.

AS tewas kepada Qatar ketika bidaan 2022 kerana membabitkan isu tuduhan rasuah presiden FIFA, Sepp Blatter.

Manakala ramai mempertikaikan kemampuan Maghribi menganjurkan Piala Dunia 2026 kerana buat pertama kali akan membabitkan 48 pasukan yang akan menguji kemampuan tuan rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast