Anthpny martial
Anthony martial membuat keputusan untuk meninggalkan Old Trafford dalam masa terdekat ini

ENGLAND – Agen Anthony Martial mengesahkan bintang antarabangsa Perancis itu akan meninggalkan Manchester United dalam masa terdekat ini.

Martial menjadi pilihan kedua dibawah bimbingan pengurus kelab Jose Mourinho sejak kehadiran Alexis Sanchez pada Januari lalu.

Maka ejennya Philippe Lamboley memberitahu mereka telah mengambil keputusan untuk mengambil langkah sewajarnya sebelum situasi bertambah kritikal.

“Selepas memikirkan segala kemungkinan dan senario, Anthony membuat ketetapan untuk meninggalkan Old Trafford.

“Terdapat pelbagai parameter, tetapi buat masa ini agak pramatang untuk bicara mengenai isu itu.

“Anthony akan bercakap dalam masa terdekat untuk membicangkan segala isu berbangkit melibatkan masa depannya di sini (Manchester United),” katanya.

Manchester United kini dalam proses untuk menyambung kontrak Martial dan tidak sanggup melepaskan pemain itu.

Namun katanya, pihaknya tidak nampak sebarang perjanjian walaupun mengadakan proses rundingan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya rasa bahawa apabila Man United selaku kelab paling berkuasa di dunia perlu diingat bahawa tidak mencapai sebarang perjanjian dalam masa lapan bulan ini bermakna Martial merupakan aset untuk kelab berkenaan.

“Sebab itulah kami mengambil keputusan ini, dan ia dibuat secara waras dan teliti, namun perlu ingat dia masih terikat dengan kontrak,” tegas beliau lagi.

Sejak awal tahun ini seteru Manchester United, Tottenham Hotspurs mengintai perkembangan pemain itu di Theatre of Dreams dan mahu mendapatkan khidmat pemain berpotensi itu menjelang musim hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast