Sebahagian tetamu beratur untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri Bersama Jemaah Menteri di kediaman rasmi, Seri Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 15 JUN 2018
Sebahagian tetamu beratur untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri Bersama Jemaah Menteri di kediaman rasmi, Seri Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 15 JUN 2018

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Badawi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Lah’ membuat kejutan dengan berkunjung ke Rumah Terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad dan Jemaah Menteri di sini.

Pak Lah dilihat tiba bersama bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau tersenyum kepada kumpulan wartawan namun tidak menjawab sebarang soalan yang diajukan kepada beliau sebaliknya masuk ke bilik khas VIP.

Ketika mengambil tampuk pemerintahan pada 2003 sehingga 2009, Pak Lah sentiasa dikritik secara terbuka oleh Dr Mahathir yang dikatakan mentadbir negara dalam keadaan lemah.

Sehingga kekalahan terbesar dan terburuk kerajaan Barisan Nasional (BN), Pak Lah banyak menyatakan sokongan terhadap kepimpinan itu terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast