Luka Modric
Luka Modric

RUSIA – Croatia memulakan rentak piala dunia dengan bergaya selepas mudah menjinakkan Nigeria 2- 0 dalam aksi kumpulan D Piala Dunia Rusia 2018 awal pagi tadi.

Oghenekaro Etebo dari Nigeria yang cuba menepis bola sepakan penjuru Luka Modric dalam gawang sendiri sekaligus menghadiahkan gol awal kepada Croatia.

Pemain itu baru sahaja menyertai Stoke City dalam Liga Perdana Inggeris daripada kelab Portugal Feirense.

Modric bintang Real Madrid berjaya menyempurnakan gol kedua pasukan menerusi penalti pada minit ke -71.

Nigeria serba sedikit mengancam kubu pertahanan Croatia dengan serangan mengejut pada babak pertama namun gagal membuahkan hasil pada keputusan perlawanan yang berakhir dengan 2-0.

Dengan keputusan itu Croatia mengungguli kumpulan D selepas Iceland mengikat Argentina 1-1.- MalaysiaGazette