Muktikant Biswal

NEW DELHI – Seorang lelaki India yang berjalan kaki sejauh 1,350 kilometer untuk menuntut “janji tidak dipenuhi” oleh perdana menteri.

Muktikant Biswal bertolak dari Orissa ke New Delhi pada 16 April lalu walaupun cuaca panas semakin membimbangkan.

Biswal kemudian dimasukkan ke hospital di Agra, 218 kilometer dari destinasinya.

Lelaki itu berkata, dia berbuat demikian untuk menuntut janji yang dibuat oleh Narendra Modi bagi menaik taraf Hospital Umum Ispat di Rourkela.

Modi didakwa berjanji pada tahun 2015 untuk menaik taraf hospital itu menjadi kemudahan setaraf dengan Institusi Sains Perubatan di New Delhi.

“Saya tidak tahu sama ada perdana menteri akan berjumpa saya atau tidak. Jika dia tidak mahu berjumpa, saya akan mogok lapar,” katanya.

Bagaimanapun Modi belum memberi reaksi lagi meskipun kisah Biswal ini telah di tweet oleh pemimpin Parti Kongres.

Biswal dijangka tiba di New Delhi minggu depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast