KUALA LUMPUR – Polis telah menahan peguam kontroversi, Siti Kasim selepas didakwa dituduh menyembunyikan seorang gadis dan menganggu tugas penjawat awam.

Siti kini ditahan di balai polis Kajang.

Gadis yang berusia 20-an itu dibawa ke balai polis selepas pihak berkuasa itu menerima aduan yang dibuat oleh ibu remaja tersebut.

Malah, dalam laporan itu ibu gadis tersebut turut yang mempersoalkan akidah anaknya.

Melalui rakaman di Facebook menunjukkan Siti yang berada di balai polis mahukan gadis yang dipanggil ‘Anis’ itu dibebaskan selepas didera oleh ibunya sendiri.

Peguam itu mendakwa beliau hanya mahu menyelamatkan gadis itu.

Dalam rakaman itu juga terdengar suara gadis berkenaan yang menafikan dia diculik oleh Siti.

Gadis tersebut dikatakan dibawa keluar dari kediaman Siti oleh polis dan Jabatan Agama Islam Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast