Mahkamah Majisret Kajang menolak permohonan polis untuk menahan reman Siti Zabedah Kassim selama empat hari.
Mahkamah Majisret Kajang menolak permohonan polis untuk menahan reman Siti Zabedah Kassim selama empat hari.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majisret Kajang menolak permohonan polis untuk menahan reman Siti Zabedah Kassim selama empat hari.

Peguam Ambiga Sreenevasan yang mewakili Siti Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim berkata, penolakan itu kerana tidak memenuhi syarat, selain tidak ada alasan dikemukakan oleh polis.

“Polis kemukakan permohonan reman empat hari tetapi selepas semua hujah dibuat oleh peguam, mahkamah menolak permohonan reman, katanya di Mahkamah Kajang di sini.

Siti Kassim ditahan polis tengah malam tadi kerana menghalang tugas penjawat awam.

Peguam itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang 12.40 malam tadi selepas polis menerima laporan yang dibuat seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya berusia 24 tahun telah dilarikan oleh Siti Kassim pada Khamis lalu.

Siti Kasim didakwa melarikan gadis itu ketika dia sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast