Salah mahu bersara
Mohamed Saah dilanda kontroversi setelah bertemu dengan pemimpin Chechnya Kadyrov.

MOSCOV – Mohamed Salah mempertimbangkan persaraan dari pasukan kebangsaan Mesir.

Laporan di Rusia mendakwa, pemain Liverpool itu sedang meneliti perkara itu selepas sesi bergambar dengan pemimpin Chechen, Ramzan Kadyrov telah mencetuskan kontroversi.

Imej salah dan pemimpin berkontroversi itu tular dalam talian sebelum kempen Piala Dunia 2018 bermula.

Foto itu menunjukkan Kadyrov memegang tangan bintang Mesir itu sebagai menunjukkan tanda solidariti.

Salah difahamkan mendakwa imejnya tercalar dan sedang mempetimbangkan untuk bersara dari bola sepak Mesir.

Skuad Mesir menjalani sesi latihan di ibu negara Rusia, Grozny semasa kempen piala dunia bermula.

Kadyrov dikatakan mengisytiharkan dikri yang memberikan kerakyatan kepada Salah dalam satu majlis makan malam meraikan pasukan Mesir.

Mesir akan bertemu Arab Saudi dalam aksi terakhir kumpulan pada malam ini.

Kadyrov dalam laman media sosial peribadinya, dia mahu Mesir kembali semula ke Chechnya selepas kempen piala dunia untuk aksi persahabatan menentang kelab Akhmat Grozny. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast