Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
ALOR SETAR – Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata telah menerima laporan berhubung kes itu dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan bertemu ibu budak perempuan itu.

“Buat masa ini, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Enakmen Undang-Undang Syariah negeri.

“Selain itu, kita kena ambil kira semua aspek mengapa ia berlaku. Adakah ia disebabkan oleh masalah kemiskinan, pendidikan, kekeluargaan mahupun masalah lain yang berada di sekeliling budak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini, hari ini.

Kes perkahwinan lelaki berumur 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun itu tular di laman sosial semalam selepas perkara itu dikongsi isteri kedua lelaki terbabit.

Lelaki terbabit didakwa bernikah dengan budak perempuan itu di Thailand pada 4 Syawal lepas (18 Jun) dan hanya diketahui isterinya itu, yang berumur 34 tahun, selepas dimaklumkan rakannya yang berkongsi foto perkahwinan suaminya.

Sementara itu, semasa diminta mengulas mengenai tindakan pembekuan akaun UMNO oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didakwa sesetengah pihak sebagai satu ‘pembulian’ terhadap parti itu, Dr Wan Azizah menjelaskan bahawa perkara itu dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Kalau ini proses SPRM, kenalah ikut prosedur operasi standard…kalau tak ada apa-apa, tak dibekukan.

Tapi kalau ada apa-apa, mestilah disiasat. Kalau jumpa berjuta-juta, mestilah siasat, kata beliau.

— BERNAMA