Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media mengenai pengenalan kepimpinan tertinggi UMNO yang bahari di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. foto: SYAFIQ AMBAK, 01 JULAI 2018.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media mengenai pengenalan kepimpinan tertinggi UMNO yang bahari di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. foto: SYAFIQ AMBAK, 01 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua ahli tidak meninggalkan parti demi kepentingan peribadi, khususnya wakil rakyat yang dipilih pengundi atas tiket UMNO.

“Imam tidak pernah meninggalkan jemaah tetapi jika ada makmum yang mufarakah atau yang keluar daripada jemaah yang diketuai oleh imam itu maka mereka tentunya harus memikirkan keputusan tidak harus dibuat berdasarkan pertimbangan peribadi.

“Sebaliknya kemenangan kita di kerusi-kerusi berkenaan adalah kerana mewakili rakyat yang mengundi dan parti yang memberi peluang dan mandat untuk kita bertanding,” katanya ketika diminta mengulas tindakan bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang keluar parti serta merta dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. 

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Mas Ermieyati sebagai pengkhianat UMNO kerana meninggalkan parti dan pengundi di Masjid Tanah yang memilihnya. 

“Walaupun secara demokrasinya dia mempunyai hak tapi dia kena sedar dia bertanding atas tiket UMNO dan undi yang diberikan kerana dia mewakili UMNO bagj saya dia tidak menghormati suara rakyat sewaktu pilihan raya.

“Kalau dia betul-betuk gentlement, kosongkan kerusi dan kita buat pilihan semua dan bertanding sebagai apa-apa parti difikirkan sesuai,” ujarnya.

Ismail beharap agar tidak ada lagi ahli yang mengambil langkah seperti bekas Ketua Puteri itu kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast