Mas Ermieyati Samsudin
Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR – Sehari sebelum hari pemilihan perwakilan UMNO, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ada meninggalkan peringatan dan pesanan kepada perwakilan di seluruh negara.

Dalam pesanan itu, beliau menaruh harapan tinggi kepada perwakilan agar membuat pilihan yang terbaik untuk calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Majlis Tertinggi (MT) dan kepimpinan di bahagian.

Katanya, pesanan itu yang dibuatnya pada Jumaat, meminta perwakilan ketika mengundi memilih pucuk kepimpinan supaya mengambil kira faktor untuk parti terus berjalan ke hadapan.

“Perwakilan juga dinasihat agar mengambil kira kelangsungan parti dan juga perjuangan dalam dimensi baru di peringkat nasional iaitu sebagai pembangkang.

“Bukan untuk menjaga hati kawan, bukan kerana terpaksa dan bukan kerana kita diugut dan sebagainya,” katanya dipetik dari status yang dimuatnaik menerusi laman Twitternya.

Hari ini, Mas Ermieyati yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pelancongan membuat kejutan dengan mengumumkan keluar UMNO berkuatkuasa serta merta.

Beliau juga mengisytiharkan dirinya akan menjadi Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan yang diwakilinya di Melaka itu, juga berkuatkuasa serta merta.

Menurut bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO itu, pemilihan bagi penggal 2018-2021 amat penting dan ia sebagai cerminan untuk sama ada UMNO dapat bangkit semula atau tidak.

“Bukan hanya kita, tetapi mereka yang bukan ahli UMNO juga ingin melihat dan masih menaruh harapan kepada kita.

“Jadi, kita wajar beri ruang agar perubahan total dapat berlaku demi memulihkan UMNO,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast