Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kes pendakwaannya pada hari ini adalah peluang terbaik buat dirinya untuk membersih nama selepas ditohmah dan dituduh begitu berat selama ini.

Bekas Perdana Menteri itu berharap proses keadilan buat dirinya akan dijalankan secara adil.

Bekas Presiden UMNO itu juga reda apabila menerima harga yang perlu dibayar selepas berkhidmat selama 42 tahun kepada rakyat dan negara.