KUALA LUMPUR- Polis telah mengenal pasti suspek berhubung kes penemuan mayat seorang wanita yang dikerat dan disumbat ke dalam dua bagasi berhampiran Sungai Gombak, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Assisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, polis sedang menjejaki suspek.
“Berdasarkan gambar CCTV, suspek dilihat seddang mengheret dua bagasi sebelum membuangnya di tepi sungai berhampiran kawasan kejadian,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Dang Wangi malam tadi.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Semalam, pihak polis mengesahkan wanita terbabit ada memakai seutas rantai emas dengan loket bertulisan kalimah Allah.
Bagaimanapun, status kewarganegaraan masih belum dikenal pasti.-BERNAMA











