Pemain England didenda FIFA kerana ,mengenakan sarung kaki terlarang di Piala Dunia Rusia 2018.

MOSCOW – Persatuan Bola sepak England didenda £50,000 (RM266,638) selepas Dele Alli, Eric Dier dan Raheem Sterling memakai sarung kaki yang tidak dibenarkan pada Piala Dunia 2018.

Pemain-pemain England memakai sarung kaki jenama tidak diiktiraf selain Nike yang merupakan jenama rasmi kejohanan bolas epak edisi ke-21 itu.

Mereka didakwa tidak mengendahkan amaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang penggunaan produk tidak diiktiraf itu.

FIFA berkata denda ke atas FA England dilakukan kerana melanggar peraturan media dan pemasaran serta peraturan peralatan FIFA.

Denda itu dikenakan pada perlawanan suku akhir antara England dan Sweden.

Menurut FIFA, Sweden juga didenda atas kesalahan yang sama pada temasya kali ini.

Ia merupakan hukuman denda kedua tertinggi selepas Argentina didenda £80,000 (RM426,622) kerana penyokong mereka yang membuang objek semasa perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast