Home Seni Hidup Hanya makanan laut pilihan Hanez Suraya

Hanya makanan laut pilihan Hanez Suraya

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini menyepi selepas berumah tangga dan melahirkan anak perempuan, Hanez Suraya kini kelihatan semakin cantik dan langsing.

Kelangsingannya berbanding sebelum berumahtangga menimbulkan perhatian peminatnya yang majoriti bertanyakan kepadanya di Instagram.

Setelah sekian lama, baru-baru ini Hanze berkongsi rahsia kekal langsing.

Katanya, selain mengekalkan pengambilan air suam dan lemon, pantang air manis Hanez juga sama sekali tidak makan ayam dan daging selama dua tahun.

“Ramai yang bertanya macam mana saya jaga badan, macam mana saya boleh kurus? Apa yang saya makan?

“Selain minum air suam dan lemon, apa lagi tips yang saya boleh kongsikan? Ada ambil apa-apa supplemen tak?

“Untuk pengetahuan semua, selain amalkan air suam dan lemon, saya juga amalkan minum greentea, saya tidak minum air manis, saya tidak makan ayam dan daging. Saya hanya makan ikan dan seafood sahaja,” katanya di akaun Instagramnya.

Hanez mengakui mempuyai perasaan bimbang untuk makan justeru dia hanya makan makanan laut sahaja.

“Semenjak saya rasa diri ini ada anxiety semua benda saya takut nak makan. Saya rasa kalau makan nanti tiba-tiba akan risau seharian,” tambahnya yang menegaskan tidak mengambil sebarang makanan tambahan untuk tujuan menguruskan badan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast