Seramai 400 alumni terdiri daripada pelajar tahun 60-an sehingga sekarang hadir pada majlis mesra minum petang di kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya.
Seramai 400 alumni terdiri daripada pelajar tahun 60-an sehingga sekarang hadir pada majlis mesra minum petang di kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya.

MESRA ALUMNI UiTM… Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), sebuah yayasan alumni itu telah mengadakan majlis mesra minum petang mereka di kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya semalam.

Seramai hampir 400 alumni terdiri daripada pelajar tahun 60-an sehingga sekarang hadir di majlis itu.

Turut hadir ialah Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Sallehuddin Mohammed, pengerusi TP1B Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Glomac Bhd, Tan Sri FD Mansor, alumni 60-an Tan Sri Azizah Mokhzani, mantan Naib Canselor UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Tan Sri Sahol Hamid, bekas Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad, bekas Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh, Timbalan Naib Canselor Prof Dr Kamal Harun, Rektor UiTM Selangor, Prof Datuk Dr Abu Bakar Abd Majeed dan ramai lagi.

Majlis itu diadakan di kampus Jalan Othman ekoran rancangan untuk menjadikan lokasi tetap Rumah Kelab Alumni UiTM.

Selain itu, Lodin Wok dan Arshad turut berucap bagi menerangkan sumbangan 500,000 alumni ke dalam dana TP1B itu bagi dikembalikan kepada institusi itu.

Majlis itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN), UiTM melalui timbalan naib canselornya, Prof Dr Zaini Abdullah. – MalaysiaGazette