Serangan gas sarin yang dilakukan oleh Aum Shinrikyo dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1997 di Tokyo. foto Agensi

TOKYO – Jepun menggantung dua lagi ahli kumpulan ajaran sesat Aum Shinrikyo pada hari Khamis selepas didapati mereka bersalah melakukan serangan gas sarin stesen kereta bawah tanah Tokyo pada 1995, kata penyiar NHK.

Ada empat lagi ahli anggota kumpulan yang menunggu giliran untuk hukuman yang sama.

Aum Shinrikyo atau nama sebenarnya Chizuo Matsumoto adalah ketua kultus telah menjalani hukuman itu bersama enam yang lain pada 6 Julai lalu.

Aum Shinrikyo atau kultus Aum Supreme Truth, yang menggabungkan meditasi Buddha dan Hindu dengan ajaran apokaliptik, telah mengadakan beberapa siri jenayah termasuk serangan gas sarin serentak pada kereta bawah tanah semasa waktu puncak pada Mac 1995. – MalaysiaGazette