Seorang wanita memeluk anak-anaknya yang dipisahkan selepas cuba memasuki Amerika Syarikat tanpa dokumen yang sah. foto Agensi

WASHINGTON – Lebih daripada 1,800 orang anak-anak pendatang asing telah disatukan dengan keluarga masing-masing.

Ini termasuk 1,442 kanak-kanak dibawa kepada ibu bapa mereka yang masih dalam tahanan imigresen dan 378 pula dibebaskan, menurut dokumen mahkamah.

Tetapi masih ada 700 orang kanak-kanak belum ‘layak’ untuk disatukan, termasuk 431 orang yang ibu bapa mereka sudah meninggalkan Amerika Syarikat.

Pentadbiran Donald Trump telah menahan seramai 2,500 orang kanak-kanak daripada ibu bapa mereka yang tidak memiliki dokumen.

Pemisahan itu berlaku di bawah tindakan kerajaan Amerika Syarikat terhadap pendatang haram di sempadan Mexico.

Daripada 711 yang dianggap tidak layak, 120 orang ibu bapa kanak-kanak “dikecualikan semula”, kata Kerajaan Amerika Syarikat.

Berpuluh-puluh lagi kanak-kanak masih lagi dipisahkan kerana “bendera merah kepada ibu bapa’ mereka – merujuk kepada situasi yang mana kanak-kanak itu mungkin berisiko.

Hakim Persekutuan San Diego, Dana Sabraw memerintahkan semua kanak-kanak yang ditahan di bawah polisi imigresen disatukan semula dengan keluarga mereka pada 26 Julai.

Presiden Donald Trump menarik balik arahan ‘sifar toleransi’ pada akhir JUn lalu selepas gambar dan audio kanak-kanak menangis kerana tertekan selepas berpisah dengan ibu bapa mereka mencetuskan kemarahan orang ramai.

Kanak-kanak yang dipisahkan daripada keluarga mereka telah dihantar ke pelbagai kemudahan di seluruh Amerika Syarikat manakala ibu bapa mereka pula dipenjara atau ditahan di pusat tahanan. – MalaysiaGazette