Pengurus (Content Management) Newsroom TNB, Nor Fadzilah Sha'ary (empat kiri) bertukar cenderahati bersama Wartawan Kanan Malaysia Gazette, Radzuan Hassan (enam kanan) pada majlis Penyerahan Tajaan Jersi Bola Sepak dan Perlawanan Persahabatan diantara Malaysia Gazette lawan TNB di Padang Kilat, TNB Bangsar, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) buat julung kalinya menaja jersi rasmi pasukan bola sepak MalaysiaGazette untuk dipakai pada kejohanan akan datang.

Majlis serah tajaan jersi tersebut disempurnakan oleh Pengurus (Content Management) Newsroom TNB, Nor Fadzilah Sha’ary.

Beliau berkata, tajaan itu sebagai tanda TNB menyokong usaha murni pengamal media melahirkan generasi bersukan dan sihat.

MGF28072018_BOLA MG LWN TNB02
Antara pasukan Malaysia Gazette pada majlis Penyerahan Tajaan Jersi Bola Sepak dan Perlawanan Persahabatan diantara Malaysia Gazette lawan TNB di Padang Kilat, TNB Bangsar, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2018

“Tajaan seperti ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan TNB dengan pengamal-pengamal media.

“Pada masa sama, sukan seperti ini bagus bagi kesihatan dengan menggalakan masyarakat sentiasa cergas, aktif dan hebat,” katanya.

MGF28072018_BOLA MG LWN TNB12
Antara aksi pemain pada majlis Penyerahan Tajaan Jersi Bola Sepak dan Perlawanan Persahabatan diantara Malaysia Gazette lawan TNB di Padang Kilat, TNB Bangsar, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2018

Pada majlis itu, Nor Fadzilah menyerahkan jersi rasmi MalaysiaGazette kepada Wartawan Kanan, Radzuan Hassan di padang Kilat TNB hari ini.

Sebelum ini, TNB juga pernah menaja jersi pasukan futsal MalaysiaGazette.

MGF28072018_BOLA MG LWN TNB18
Gelagat ceria pasukan Malaysia Gazette selepas tamat perlawanan pada majlis Penyerahan Tajaan Jersi Bola Sepak dan Perlawanan Persahabatan diantara Malaysia Gazette lawan TNB di Padang Kilat, TNB Bangsar, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2018

Sementara itu, sempena majlis tersebut, TNB turut mengadakan perlawanan persahabatan menentang MalaysiaGazette.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu menyaksikan persembahan seimbang kedua-dua pasukan menjaringkan gol. – MalaysiaGazette