Gambar hiasan

TEXAS – Lima maut termasuk seorang lelaki bersenjata yang menyerang sebuah pusat penjagaan di Texas dan di kediaman salah seorang penduduk yang terbunuh.

Polis di Robstown, Texas berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 malam.

Setiba di sana mereka mendapati dua lelaki dan seorang wanita mati, kata Herman Rodriguez, Setiausaha Bandar Robstown.

Polis kemudian menemui dua lagi mayat di kediaman salah seorang daripada mangsa yang dibunuh di pusat penjagaan itu.

“Jenayah ini berkaitan,” katanya.

Setakat ini kes itu masih disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast