KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini membuat laporan polis serentak di seluruh negara ekoran kenyataan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran yang mendakwa bangsa Melayu adalah pendatang seperti yang dilaporkan sebuah akhbar nasional sebelum ini.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan Naib Pengerusi DAP itu mampu mencetuskan ketegangan kaum dan ketidakstabilan dalam masyarakat.

“Sebagai seorang menteri, beliau harus mempunyai moral yang tinggi dan tidak boleh menipu rakyat dengan sewenang-wenangnya.

“Kita tidak mahu keharmonian yang dikecapi selama ini digadaikan hanya kerana seorang menteri yang bersikap perkauman melampau,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Beliau juga berkata Kula Segaran perlu diambil tindakan kerana Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman pernah didenda kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan pada 2016.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast