KUALA LUMPUR- LOKA Malaysia menganjurkan jualan amalnya kali kedua dikenali Charity Garage Sale di NU Sentral mendapat sambutanĀ  daripada pengunjungnya.

Kira-kira 20 peratus hasil jualan amal itu akan disalurkan kepada beberapa badan kebajikan selain usaha pihaknya mendekatkan para usahawan dengan masyarakat.

214Antara produk yang dijual adalah pakaian kanak- kanak, pakaian dewasa, hiasan dalaman, alat permainan dan pelbagai lagi.

1396Selebriti seperti Arja Lee, Chef Adu, Min Luna, Yaya Maembong, Wan Raja, Ruhainies dan Leka Simone juga hadir bagi memberi sokongan kepada programĀ  tersebut yang diadakan di Event Space LOKA Malaysia.

DSC_3841charity celeb-100 (1)

Sepanjang tiga hari jualan amal yang berakhir hari ini, penganjur berjaya mengutip RM10,000 dan disalurkan kepada Rumah Perlindungan Nur Hati di Ampang.

LOKA Malaysia merupakan platform pemasaran bagi usahawan mengembangkan perniagaan produk mereka dan setakat ini seramai 60 usahawan telah menyertainya.

Pengurusan LOKA Malaysia yang menganjurkan “Charity Garage Sale” bertempat di NU Sentral

DSC_34953Bagi sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dhamirah di talian 010-381 6638. – MalaysiaGazette