KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar buat seluruh rakyat negara ini.
Siti Nurhaliza berkata, ia kerana allahyarhamah semasa hidup telah menyumbang terlalu banyak jasa terutama dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan sepanjang hayatnya.
Pemergian allahyarhamah suatu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia memandangkan jasa dan sumbangan Dr. Siti Hasmah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya, katanya.
“Saya mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Siti juga menyifatkan Allahyarham Dr Siti Hasmah sebagai tokoh wanita yang sangat penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan tinggi.
Allahyarham Siti Hasmah, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul, 9.20 pagi tadi. – MalaysiaGazette















