MELAKA – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Ab. Rahman, merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah di atas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 9.20 pagi tadi.
Menerusi satu hantaran takziah di Facebook rasmi Istana Melaka, Mohd Ali dan Asmah menyampaikan rasa dukacita dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicukuri rahmat oleh Allah SWT.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan roh Allahyarhamah bersama-sama orang yang solehah,” memetik kenyataan ucapan berkenaan.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Dr Siti Hasmah merupakan antara wanita Melayu terawal menceburi bidang perubatan dan kemudiannya berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan awam.
Beliau merupakan wanita Melayu pertama ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.
Dr. Siti Hasmah juga isteri Perdana Menteri Malaysia pertama yang menerima Anugerah Persekutuan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.
Allahyarham berkahwin dengan Dr Mahathir pada 1956 dan dikurniakan empat anak kandung, Marina, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura. – MalaysiaGazette















