KUALA LUMPUR – Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 10.40 pagi tadi selepas Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.
MalaysiaGazette yang berada di lokasi menyaksikan sebuah ambulans dipercayai membawa jenazah Allahyarhamah meninggalkan kawasan IJN kira-kira lima minit selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat keluar dari hospital itu pada jam 10.35 pagi.

Beberapa kenderaan lain dengan cermin gelap mengikuti ambulans berkenaan.
MalaysiaGazette difahamkan jenazah Allahyarhamah dilaporkan dibawa ke kediaman keluarga di The Mines, Seri Kembangan untuk dimandikan sebelum urusan seterusnya.
Setakat ini, IJN difahamkan tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian Allahyarhamah.
Keluarga Allahyarham Dr. Siti Hasmah dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai urusan jenazah termasuk lokasi solat jenazah dan pengebumian. – MalaysiaGazette
















