Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam. foto SYAFIQ AMBAK

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengucapkan selamat mengundi kepada 51,217 pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini.

Katanya, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH, Pas tidak bersetuju banyak dasar dan polisi mereka yang memudaratkan rakyat.

Cuma, kata beliau, PH kini berkuasa sebagai kerajaan, manakala BN pula hanya sekadar sebagai pembangkang.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis hari ini menjadi medium kebersamaan strategik bagi menyampaikan mesej menolak polisi PH sebagai kerajaan yang memudaratkan rakyat,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di sini, hari ini.

Justeru, Dr Mohd Khairuddin berkata, memberikan undi kepada calon BN dalam konteks PRK Sungai Kandis adalah langkah terbaik bagi menguatkan peranan semak dan imbang kepada PH yang dilihat sangat tidak mengambil berat isu Islam, Melayu dan Raja ditambah pula sering berdolak dalik dalam menunaikan janji manifesto terhadap rakyat.

Ujar beliau, menolak polisi PH yang memudaratkan adalah tanggungjawab bersama dan ia boleh tertunai dengan mengundi BN dalam PRK Sungai Kandis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast