Serpihan pesawat Junkers JU-52 HB-HOT yang terhempas di pergunungan Switzerland. foto Agensi

ZURICH – Seramai 22 orang maut selepas sebuah pesawat lama Perang Dunia Kedua terhempas di pergunungan di Switzerland timur Sabtu lalu, kata polis.

Ketika kejadian, pesawat Junkers JU-52 HB-HOT – membawa 17 penumpang dan tiga anak kapal dalam penerbangan bersiar-siar.

Pesawat itu terhempas kira-kira 2,540 meter (8,333 kaki) di atas paras laut, di sebelah barat puncak 3,000m yang dipanggil Piz Segnas.

JU- Air pengendali syarikat penerbangan itu telah menggantung semua operasi susulan tragedi tersebut.

Punca nahas masih belum dikenal pasti.

Pesawat itu dikatakan dalam penerbangan ke Zurich selepas dua hari lawatan di Lacarno berhampiran sempadan selatan Switzerland.

Siasatan mungkin mengambil masa kerana pesawat itu tidak mempunyai kotak hitam dan lokasi alpine jauh dari kemalangan itu bermakna terdapat pemantauan radar yang terhad.

“Berdasarkan situasi di lokasi nahas, kita boleh mengatakan pesawat itu jatuh ke tanah hampir menegak pada kelajuan yang agak tinggi,” kata Daniel Knecht dari Lembaga Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Switzerland.

Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat perlanggaran semasa kemalangan, sama ada dengan kapal terbang lain atau halangan seperti kabel.

Seorang saksi yang berada di pergunungan itu pada masa kejadian memberitahu akhbar 20 Minutes bahawa “pesawat itu beralih 180 darjah ke selatan dan jatuh ke tanah seperti batu”.

Terdapat 11 lelaki dan sembilan adalah wanita yang berumur antara 42 hingga 82 tahun dalam pesawat itu.

Mereka terdiri daripada 17 warga Switzerland dan tiga dari Austria. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast