Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 06 OGOS 2018
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencabar Datuk Seri Najib Razak menunjukkan bukti kukuh kenapa perlu membayar bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy pakej gaji RM5 juta untuk enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah gaji itu boleh dipersoalkan kerana Arul Kanda tidak menjalankan tugasnya yang sepatutnya sepanjang tempoh tersebut.

Jelas beliau, bekas perdana menteri perlu membuktikan Arul Kanda begitu bernilai sehingga layak mendapat gaji setinggi itu.

“Tunjukkan bukti beliau setimpal dibayar gaji tinggi oleh 1MDB untuk RM5 juta bagi tempoh enam bulan.

“Adakah Arul Kanda sangat bernilai berdasarkan kelayakan sebelum ini yang membolehkannya mendapat gaji tinggi,” katanya pada sidang media di ruang lobi Parlimen di sini hari ini.

Guan Eng mengulas penjelasan Najib sebelum ini yang menegaskan Arul layak menerima pakej gaji RM5 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Malah, kata Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, Arul Kanda pernah menerima bayaran jauh lebih tinggi dan lumayan ketika bekerja di sebuah bank di Emiriah Arab Bersatu sebelum menyertai 1MDB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast