Pengerusi Jawatankuasa Penaja, Aminuddin Yahya (empat kanan) bersama wakil-wakil pertubuhan NGO Melayu Islam selepas perjumpaan membincangkan penubuhan Angkatan Kesatuan Ummah di Tamu Hotel, Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja, Aminuddin Yahya (empat kanan) bersama wakil-wakil pertubuhan NGO Melayu Islam selepas perjumpaan membincangkan penubuhan Angkatan Kesatuan Ummah di Tamu Hotel, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam hari ini bergabung di bawah Angkatan Kesatuan Ummah (AKU).

Kata Pengerusi Penaja AKU, Aminuddin Yahaya gabungan itu akan menjadi wakil dan suara kuat memperjuangkan Melayu dan Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Selama ini kesemua NGO atas nama Melayu dan Islam bergerak secara sendirian dengan cara masing-masing sedangkan jika kita bergabung bagi mencapai matlamat perjuangan yang sealiran dan sama, maka suara orang Melayu dan Islam akan lebih didengari.

“Jika tidak sebelum ini, ada yang mendengar dan diambil perhatian tetapi tidak kurang juga, tidak kesampaian sedangkan masing-masing mempunyai matlamat dan hasrat yang mulia dan murni,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penajaan dan penubuhan AKU di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut berlangsung selama lima jam di sebuah hotel di ibu negara dan NGO, Pemantau yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam juga menjadi salah satu gabungan dalam AKU. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast