Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.

PETALING JAYA – Sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hujung minggu lalu telah diumum menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PKR namun setakat ini tugas itu masih dijalankan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusop berkata, Anwar akan mula menjalankan tugasnya selepas Kongres PKR yang dijangka berlangsung 16 November ini.

“Wan Azizah akan teruskan menjalankan tugas sebagai presiden sehingga kongres yang akan berlangsung Noovember depan masa itu barulah secara rasmi pemenang akan mengambil alih jawatan baharu,” katanya ketika sidang media petang tadi.

Wan Azizah pada pemilihan parti tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden demi memberi laluan kepada suaminya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Presiden PKR semenjak tahun 1999.

Anwar pada Ahad yang lalu secara tidak rasmi menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PKR apabila tidak ada  pencabar.

Keputusan rasmi walaubagaimanapun dilaporkan hanya akan diumumkan pada 19 Ogos ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast