LONDON – Bekas Setiausaha Luar Britain,Boris Johnson enggan memohon maaf di atas kenyataan negatifnya terhadap pemakaian burka.
Johnson dalam kenyataannya berkata, pemakaian burka tidak wajar diharamkan tetapi ia kelihatan teruk.
Katanya, wanita Islam yang memakai buka seperti ‘kotak surat’ dan menyamakan imej mereka dengan ‘perompak bank’.
Pengerusi Parti Konservatif telah menuntut Johnson memohon maaf, malah Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, kenyataan Johnson itu jelas satu kesalahan.
Sumber yang rapat berkata, Johnson enggan memohon maaf kerana berpendapat adalah tidak masuk akal untuk menyerang pandangannya.
“Kita tidak boleh masuk ke dalam perangkap menutup perdebatan tentang isu-isu yang sukar,”
“Kita perlu suarakan. Jika kita gagal bercakap untuk nilai-nilai liberal maka kita hanya mendapat alasan untuk pelampau,” menurut sumber.
Kenyataan Johnson mendapat kritikan daripada beberapa kumpulan Islam, ahli-ahli Parlimen dan parti pembangkang.
Pengasas Forum Muslim Konservatif berkata, kenyataan itu boleh menjejaskan hubungan komuniti.
Pengerusi Parti Konservatif, Brandon Lewis bersetuju dengan Menteri Pejabat Luar, Alistair Burt yang berkata, kenyataan Johnson merupakan satu kesalahan dan mahu bekas Datuk Bandar London itu memohon maaf. – MalaysiaGazette
















