LGBT : ‘Awak Mahu Saya Tangkap Mereka?’ – Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan rakyat negara ini berhubung pelaksanaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender).

Ujarnya, usaha kearah menangani masalah ini hanya boleh ditangani sekiranya dikaitkan dengan Akta Jenayah dan aktiviti mempromosikan budaya songsang ini.

“Apa yang kamu (wartawan) mahu saya buat. Awak mahu saya tangkap mereka-mereka ini? “Anda mahu saya letak mereka dalam penjara sebab (aktiviti mereka), saya telah jelaskan kalau melibatkan jenayah dimana ia dimaktubkan dalam undang-undang.

“Kedua bab mempromosikan (LGBT), kamu tidak boleh lebih dari itu.

Ini langkah terbaik yang pernah kami buat dalam memastikan isu ini ditangani sebab awak kata tadi isu ini sensitif,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast